Pilihan Bahasa

Bahasa Malaysia | English

Bahasa Lain

gallery icon publication icon download icon

Urusan PindahMilik Tanah

Apa yang perlu di lakukan adalah seperti berikut :


1 Sedia dan pastikan Borang Pindahmilik (Borang 14A lengkap dan distemkan.
2 Pastikan Nama dan No Kad Pengenalan adalah sam dengan yang tercatat dalam hakmilik.
3 Pastikan tarikh ianya didaftarkan tidak melebih 3 bulan daripada tarikh terakhir tandatangan diturunkan. Jika terlewat,sediakan wang tambahan untuk denda lewat pendaftaran. Maksimum denda lewat ialah 5 kali ganda bayaran pendaftaran.
4 Jika ada Noting PA (Surat Kuasa Wakil) bayaran tambahan sebanyak RM 20 bagi setiap PA.

Bayaran-bayaran Pendaftaran
Kadar bayaran pendaftaran adalah mengikut harga pasaran hartanah:-


  RM 25,000 atau kurang - RM 25.00
  RM 25,000 - RM 50,000 - RM 50.00
  RM 50,001 - RM 75,000 - RM 75.00
  RM 75,001 - RM 100,000 - RM 100.00
  RM 100,001 - RM 150,000 - RM 150.00
  RM 150,001 - RM 200,000 - RM 200.00
  RM 200,001 - RM 250,000 - RM 250.00
  RM 250,001 - RM 500,000 - 0.15 %
  RM 500,001 - RM 1,000,000 - 0.20 %
  Melebihi Rm 1,000,001 - 0.25 %

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Daerah & Tanah dengan menghubungi 06-4585200 sambung ke Unit Pendaftaran.

my government1malaysiamampuesolat jakimmsc

 

 
Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol, Kompleks Pentadbiran Daerah, 72120 Bandar Seri Jempol,  Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 606-4585200 | Fax: 606-4581242 E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Ke Atas