Pengumuman

Loud Speaker 512PEMBERITAHUAN

 

DIMAKLUMKAN BAHAWA KAUNTER BAYARAN HASIL DAN PENDAFTARAN AKAN DITUTUP PADA PUKUL 12.30 TENGAHARI PADA 14/06/2018 (KHAMIS) SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI.

KAUNTER KUTIPAN HASIL DAN PENDAFTARAN AKAN DIBUKA SEPERTI BIASA PADA 18/06/2018 (ISNIN)

 

ARAHAN DARIPADA,
PENTADBIR TANAH JEMPOL
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 
TAWARAN KURSUS BAGI TAHUN 2018 DI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pelaksanaan Takwim Latihan 2018 Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan akan mula dilaksanakan mulai Mac 2018. Maklumat kursus yang ditawarkan boleh dilayari di laman web e-Kursus http://aplikasi5.ns.gov.my/ekursus Penyertaan bolehlah dibuat melalui laman web seperti yang dinyatakan.
 
 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pusat Sehenti Pembangunan Keluarga "One Stop Center" di Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Kariah Sikamat, Seremban Negeri Sembilan kini dibuka :
TARIKH  : Setiap Sabtu minggu pertama dan ketiga
MASA    : 8.00 pagi - 2.00 petang
TEMPAT : Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), Masjid Dato' Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat, Negeri Sembilan
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN:
  •   Khidmat Nasihat berkaitan isu-isu rumahtangga
  •   Khidmat Nasihat Keluarga (Pendidikan anak-anak dan remaja)
  •   Sesi Rundingcara
  •   Khidmat Nasihat berkaitan Nikah, Cerai dan Rujuk serta Pendaftaran Nikah Luar Negara
  •   Khidmat pengesahan dokumen Nikah dan Haji/Umrah (10pg – 12tgh)

 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 

 

 

 

 

Kepuasan Pelanggan

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan di Pejabat Daerah dan Tanah Jempol?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

 

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.