Frequently Asked Questions - All FAQs

Please select your question category

Search FAQs
View all frequently asked questions


(i) Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada pihak berkuasa negeri sebagai cukai tanah;

(ii) Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada pihak berkuasa negeri yang, menurut mana-mana undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya adalah cukai tanah atau hasil tanah;

(iii) Apa-apa bayaran yang terhutang kepada pihak berkuasa negeri sebagai tunggakan cukai tanah menurut kaedah-kaedah tanah negeri.

Cukai Tanah perlu dibayar sebelum 31 Mei setiap tahun.

Cukai tanah hendaklah dibayar sepenuhnya mulai hari pertama tiap-tiap tahun dan akan menjadi tunggakan pada hari pertama bulan jun tahun itu, Apabila mana-mana cukai tanah terhutang, denda kerana terhutang adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada cukai semasa.

( SEK. 94 KTN )

Kategori-kategori tanah yang dinaikkan kadar cukai tanahnya iaitu:-
(i) Tanah Pertanian
(ii) Tanah Bangunan
(iii) Tanah Industri
(iv) Tanah Tiada Kategori Tetapi Ada Kegunaan

Kategori-kategori tanah yang tidak dinaikkan kadar cukainya iaitu:-

(i) Tanah Untuk Kegunaan Bangunan Bertingkat.
(ii) Pusat Pelancongan (diturunkan kadarnya)
(iii) Tanah-tanah yang Didaftarkan Bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan (SSl)
(iv) Sekolah Swasta, Universiti / Kolej Swasta (diturunkan kadarnya)
(v) Sekolah Bantuan Modal
(vi) Tanah Untuk Tujuan Keagamaan (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan & Bukan Islam)
(vii) Tanah-tanah Pusat Perdagangan Utama, Tanah Bandar dan Pekan tertakluk kepada syarat di bawah seksyen 53 (2) (b)

 

Jika anda ada sebarang soalan selain di atas sila hubungi kami di talian (Unit Hasil) :

06 -458 5077 / 06-458 5213

atau datang terus ke

Unit Hasil (Kaunter e-Tanah)

Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol

Kompleks Pentadbiran Daerah

72120 Bandar Seri Jempol

Negeri Sembilan

Apabila cukai tanah menjadi tunggakan, ptd akan mengeluarkan borang 6a kepada tuanpunya tanah dan orang/ badan yang ada kepentingan di atas tanah itu.

( SEK. 98(2) )

Bayaran yang dituntut dalam borang 6a hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan. bayaran ini termasuk bayaran notis mengikut kadar sama ada bagi tiap-tiap lot atau tiap-tiap notis sepertimana yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah negeri. ( SEK. 97(2) ) Jika selepas tamat tempoh 3 bulan bayaran yang dituntut tidak juga dijelaskan, ptd hendaklah membuat satu perintah bagi mengisytiharkan tanah itu dilucuthak (dirampas) dan menjadi milik pbn.

( SEK. 100 )

Pengisytiharan perlucuthakan dibuat dengan mewartakan borang 8a di dalam warta kerajaan negeri. perlucuthakan tanah berkuatkuasa daripada tarikh tersiarnya borang 8a.

( SEK. 130(1) )

Pertanyaan mengenai sebut harga jabatan sahaja.

1. Dokumen hendaklah lengkap beserta dengan tajuk kerja-kerja yang ditawarkan beserta nombor sebutharga.

2. Masa penghantaran hendaklah sebelum jam 12.30 tengahari semasa TARIKH TUTUP sebuharga tersebut.

2. Disertakan 3 salinan penyata kewangan yang terkini serta dokumen lengkap seperti yang dikehendaki di dalam borang sebutharga.