Pejabat Daerah dan Tanah Jempol Negeri Sembilan diwujudkan pada 1 Januari 1980 yang terletak di bahagian Timur Negeri Sembilan dan bersempadanan dengan daerah-daerah Jelebu dan Kuala Pilah di sebelah Timur. Mukim-mukim daerah Jempol iaitu mukim Rompin, mukim Serting Ulu, Mukim Serting Ilir, Mukim Jelai dan Mukim Kuala Jempol.

Pejabat Daerah Jempol terletak di Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan di Bandar Seri Jempol. Kawasan pentadbiran Daerah Jempol mengandungi 5 buah mukim iaitu Mukim Serting Ilir, Mukim Jelai, Mukim Kuala Jempol, Mukim Rompin dan Mukim Serting Ulu. Parlimen terdiri dari dua Daerah iaitu Jempol dan Jelebu. Bilangan DUN terbahagi kepada 5 iaitu, Serting, Bahau, Palong, Jeram Padang & Sungai Lui. Keluasannya ialah 149,087.66 hektar.

Jumlah penduduknya ialah 116,576 orang. Keseluruhan bilangan JKKK Daerah Jempol adalah 56 JKKK, bilangan Kampung pula terdiri daripada 33 Kampung Tradisi, 8 Kampung Baru dan 33 Kampung Rangkaian. Terdapat 80 Taman Perumahan iaitu 67 Taman dan 13 Rumah Rakyat, 36 Rancangan FELDA, 16 Kampung Orang Asli dan 13 Petempatan Ladang.

Berikut adalah keluasan mengikut mukim di daerah Jempol :-

MUKIM

KELUASAN

ROMPIN

73,240 HEKTAR

SERTING ULU

29,330 HEKTAR

SERTING ILIR

24,070 HEKTAR

JELAI

16,860 HEKTAR

KUALA JEMPOL

3,731 HEKTAR

Jempol merupakan antara daerah yang terbesar di Negeri Sembilan. Daerah yang terletak bersempadan dengan Negeri Pahang. Bandar utamanya ialah Bahau.Kementerian Kesihatan baru sahaja menyiapkan Hospital Jempol di daerah ini. Hospital ini menjadi tumpuan bagi pesakit-pesakit yang datang dari daerah sekitar Jempol, Serting, Bahau, Rompin dan kawasan-kawasan di Negeri Pahang yang sebelum ini mendapatkan perhidmatan di Hospital Kuala Pilah. Jarak antara Bahau dan Kuala Pilah ialah 39 km. Dijangkakan daerah Jempol akan terus membangun dalam masa terdekat ini di antara 5 hingga 10 tahun lagi. Di sini juga terletaknya pertembungan antara Sungai Muar dan Sungai Serting. Ia lebih dikenali sebagai Desa Penarikan.